Persembahan Shila pada minggu suku akhir GV9.
Persembahan Shila pada minggu suku akhir GV9.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah menjelaskan baju yang sepatutnya digayakan pada malam suku akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) terpaksa diubah pada saat-saat akhir disebabkan tidak sesuai dengan konsep persembahannya.

Penampilan Shila ketika menyampaikan lagu Survivor pada Ahad lalu mendapat perhatian netizen berikutan lengan bajunya ternaik lalu menampakkan bahagian kulit sehingga mengundang kritikan segelintir netizen.

"Sejujurnya saya tak perasan lengan baju 'ternaik' dan sarung tangan pula jenis kulit. Jadi, kita tak pun tak terfikir akan jadi begitu. Secara jujur, sepatutnya saya pakai baju lain.

"Baju yang saya sepatutnya pakai itu tak sesuai dengan konsep malam itu. Saya dapat baju berkenaan pada waktu siang sebelum konsert kerana lebih sesuai dengan tema persembahan.

"Baju itu sangat lawa, tapi memang tak sesuai untuk pakai pada malam itu. Walaupun pakaian ditukar pada saat-saat akhir tapi saya tetap puji 'stylist' saya yang menggayakan saya dengan baik," kata Shila.

Shila yang menyanyikan lagu asal dipopularkan kumpulan Destiny's Child itu mendapat markah tertinggi juri iaitu 85.30%.

Shila turut mengakui dia tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi di atas pentas setiap kali membuat persembahan namun akan sentiasa memperbaiki kelemahannya.

"Patutnya kita pin semua tempat agar tak ternampak bahagian tak sepatutnya. Bagi saya, soal 'wardrobe' ini benda yang kita tak jangka. Untuk diri saya, mula-mula 'behave' lepas itu atas pentas tiba-tiba boleh 'workout' pula.

"Saya sendiri tak jangka akan beraksi seperti itu di pentas. Tapi apa-apa pun, setiap minggu kita akan cuba perbaiki kelemahan kita.

"Terima kasih kepada semua yang menjadi peka dan beri teguran yang membina. Insya-Allah, saya akan buat yang lebih baik di masa hadapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 12:57 PM