ADAM Lee dan Wanna Ali.
ADAM Lee dan Wanna Ali.
Affan Rostam

Cinta yang dibina oleh Ariana bersama kekasihnya selama lapan tahun berakhir dengan kekecewaan kerana kekasihnya itu dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga.

Namun takdir menemukan Ariana dengan Ikmal yang juga berada dalam situasi yang sama, kehadiran Ikmal telah mengubah kehidupan Ariana.

Adakah dia yang terbaik untuknya? Saksikan drama yang penuh bibit romantik Adakah Engkau Menungguku menerusi slot Lestary di TV3 mulai 29 September pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Drama bersiri 15 Episod terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta hasil nukilan skrip oleh Anina Sahal, Amin Shakib dan Eja Lorena.

Drama ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Adam Lee, Wanna Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Wani Kayrie, Syafie Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

ANTARA babak dalam drama Adakah Engkau Menungguku.
ANTARA babak dalam drama Adakah Engkau Menungguku.

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang terjalin selama lapan tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila lelaki itu diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak kesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya.

Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Saksikan slot Lestary di TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang drama kesukaan anda, layari Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 7:01 AM