DJ Lin
DJ Lin
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin terharu apabila diminati semua golongan peminat termasuk yang berstatus ustaz dan imam.

Lin berkata, semasa menjamu selera di restoran di Alor Setar, Kedah sempena Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell edisi utara minggu lalu, dia ditegur seorang lelaki.

"Individu lengkap berjubah putih dan berkopiah ini menegur saya dan memberitahu dirinya pendengar stesen Suria FM dan Suria Cinta khasnya.

"Saya teruja campur terharu dengan apa yang berlaku. Bagi saya, mewakili Suria FM ini adalah satu penghargaan buat kami kerana mendapat sokongan semua lapisan masyarakat sebagai pendengar setia kami," katanya.

Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia mulanya bagaikan tidak percaya sebaik dimaklumkan perkara itu.

"Sokongan seperti ini membuatkan keluarga Suria FM terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Kami akan terus berusaha memastikan maklumat dan lagu yang disajikan kepada pendengar memberikan manfaat," katanya. y

Difahamkan, lelaki berusia usia 50-an itu adalah imam di kawasan berkenaan yang makan di situ bersama beberapa rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 4:30 PM