Awal Ashaari pernah menjadi pengacara Melodi selama lebih lima tahun - FOTO TV3
Awal Ashaari pernah menjadi pengacara Melodi selama lebih lima tahun - FOTO TV3
Muhammad Najmir Razaman

MELODI sememangnya sudah menjadi antara rancangan hiburan yang banyak menampilkan artis Malaysia sebagai pengacara.

Tidak dinafikan, menjadi pengacara Melodi boleh dikategorikan sebagai suatu pencapaian terbesar bagi seseorang artis dalam karier seninya.

Antara nama besar yang pernah menjayakan Melodi termasuklah Awal Ashaari, Zizan Razak, Fara Fauzana, Wahid dan Ogy Ahmad Daud. 

Awal Ashaari

Menjadi antara pengacara yang paling lama bertahan, Awal Ashaari banyak bergandingan bersama pasangan pengacara berbeza.

Sepanjang lebih lima tahun bertugas, Awal berjaya menjadikan rancangan hiburan ini kekal relevan walaupun dengan kehadiran pelbagai rancangan lain.

Zizan Razak

Selain sebagai pelawak terkenal, Zizan turut berjaya memainkan peranan sebagai pengacara Melodi apabila digandingkan bersama Awal Ashaari. 

Selepas kemunculan Zizan, slogan Melodi ditambah dengan frasa 'berdiri di atas bakat sendiri'.

Fara Fauzana

Kejayaannya dalam bidang pengacaraan menaikkan nama Melodi untuk berada dalam kelasnya yang tersendiri. 

Gandingan bersama Wahid Senario turut memberikan impak positif kepada rancangan hiburan ini.

Wahid 

Penampilan pelawak sememangnya tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan ketika itu.

Wahid berjaya membuatkan penonton selesa dengan gayanya yang bersahaja ketika mengendalikan rancangan ini.

Selain Wahid, Saiful Apek dan Yassin Yahya juga antara pelawak yang pernah menjadi pengacara Melodi.

Ogy Ahmad Daud

Dengan pesona yang tersendiri, Ogy antara pengacara yang berjaya menjadikan Melodi kekal relevan sehingga ke hari ini.

Tiga dekad bersiaran, Melodi sekali lagi membawakan penampilan pengacara terbaharunya bermula 7 Ogos ini. 

Bagi mengetahui siapa yang bakal digandingkan bersama Ain Edruce, ikuti rancangan ini pada setiap Ahad, pada 12.30 tengah hari hanya di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 3:48 PM