Hanna Aqeela bersama suami.
Hanna Aqeela bersama suami.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Hanna Aqeela berkongsi berita gembira sah bergelar isteri kepada akauntan, Muhammad Farid Sakri bertempat di Putra Glass Hall Shah Alam, Selangor pada 13 Mei lalu.

Hanna, 32, berkata, selepas menjalani hubungan jarak jauh (LDR) bersama kekasihnya selama tiga tahun, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan dua minggu lalu.

"Alhamdulillah…Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan.

"Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah… suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur.

"Saya dan suami merancang untuk berkahwin setelah keadaan kembali reda apabila negara berdepan dengan Covid-19. Kami menikah pada 13 Mei lalu disaksikan 100 tetamu manakala majlis resepsi pula keesokkan harinya di lokasi yang sama," katanya.

Jelas Hanna lagi, bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh namun kepercayaan itu dibina setelah bertahun-tahun bercinta.

Hanna ketika dihubungi Harian Metro berkongsi, tema majlis perkahwinannya yang diidamkan sejak dulu lagi berjaya dilaksanakan.

"Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema 'ala ala garden' tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa 'outdoor' itu ke 'indoor'.

"Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan," kata Hanna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 5:14 PM