The Assistant kutip lebih RM1 juta.
The Assistant kutip lebih RM1 juta.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Filem arahan Adrian Teh, The Assistant berjaya mengutip lebih RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan di panggung wayang.

Pelakon utamanya, Hairul Azreen berkata, dia tidak menyangka filem terbabit berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan.

"Alhamdulillah tak sangka filem The Assistant, walaupun tayangan untik 18 tahun ke atas tapi masih boleh box office dengan izin Allah. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan filem aksi Malaysia," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut menampilkan Henley Hii dan Farali Khan.

Mengetengahkan genre 'thriller' dan aksi, The Assistant adalah kerjasama Sony Pictures Entertainment Malaysia dan Act 2 Pictures.

Filem ini sudah menemui penonton di Malaysia sejak 19 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 3:37 PM