Shila Amzah
Shila Amzah
Syafil Syazwan Jefri


Penyanyi, Shila Amzah meluahkan kesyukuran atas rezeki yang muncul dalam kehidupan dan kerjaya seninya tahun ini.

Menurutnya, ia umpama pelangi yang muncul selepas dilanda badai.

"Alhamdulillah, saya rasa selepas badai yang melanda, sekarang, muncullah pelangi. Banyak ujian yang saya terima, kini diselangi dengan kemanisan yang saya sedang rasai," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia juga berharap agar perkembangan positif dalam kerjayanya ini akan berterusan.

"Selepas saya dan SOG menjuarai Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), satu lagi rezeki buat saya apabila menjuarai program The Masked Singer Malaysia.

"Jadi, boleh dikatakan rezeki itu datang secara berturut-turut. Selain itu, banyak juga undangan untuk pelbagai program termasuklah program Aidilfitri.

"Sekarang, saya dah selesai untuk rakaman program Soundstage Shila Amzah & Friends yang akan ditayangkan di TV3 pada 7 Mei nanti. Jadi, harapnya, perkembangan baik ini akan berterusan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2022 @ 1:01 PM