Puteri Aishah dan suami.
Puteri Aishah dan suami.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Aishah tidak menyangka, suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman kini turut menerima tempias populariti sekali gus menerima tawaran untuk sesi fotografi untuk satu jenama pakaian.

Menurut Puteri, dia juga tidak terfikir bahawa jenama pakaian Aidilfitri itu akan membuat permintaan untuk membabitkan suaminya dalam sesi fotografi dan penggambaran untuk jenama mereka.

"Baru-baru ini, saya ada kolaborasi dengan satu jenama untuk pakaian Aidilfitri.

"Pihak jenama itu meminta saya untuk bawa suami bersama dan itu adalah kali pertama suami saya terbabit sama dalam sesi fotografi begitu," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada suaminya akan mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon, Puteri berkongsi, dia pernah bertanya soalan sama kepada suaminya.

"Saya dah pernah tanya kalau dia nak cuba berlakon, tapi menurutnya, dia tak berminat. Jadi, memang dia takkan berlakon," katanya.

Untuk rekod, pasangan Puteri dan Firdaus berumah tangga pada 21 November 2021.

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk wangian, InFlorescence Aromatherapy Room Spray hasil kolaborasinya dengan jenama Plant Origins.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 2:46 PM