AISHA Retno
AISHA Retno
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Aisha Retno menafikan dirinya adalah punca keretakan hubungan komposer Farouk Roman dan penyanyi Amylea Azizan.

Aisha berkata, gosip liar terbabit adalah tidak benar selain dia juga tidak mengetahui mengenai khabar angin terbabit.

"Gosip itu salah dan tidak sahih. Kami tidak ada apa-apa (hubungan). Abang Farouk pun sudah mempunyai kekasih hati dan individu  itu bukan saya.

"Biasalah, interpretasi orang. Saya anggap dia sebagai abang saja," katanya.

Menurut Aisha, hubungannya dengan Amylea dan Farouk boleh dikatakan seperti adik-beradik dan masih baik.

"Gosip ini tidak ganggu kerjaya saya sama sekali. Saya pun baru dengar gosip ini. Saya dan abang Farouk macam adik-beradik. Malah hubungan saya dengan kak Amylea pun okey, dan dia sangat baik dengan saya," katanya.

Aisha adalah penyanyi lagu runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis, iaitu Cinta Denganmu, ciptaan Farouk dan juga Amylea.

Terdahulu, media melaporkan ikatan cinta Farouk dan Amylea  berakhir selepas lebih 10 tahun menjalinkan hubungan cinta. 

Kisah putus cinta mereka mula menjadi bualan sejak 2020 lalu, namun, masing-masing mengambil sikap profesional ketika berurusan.

Tahun lalu, Farouk akhirnya mengakui dia sudah berpisah dengan Amylea, tetapi enggan berkongsi sebab mengapa mereka memutuskan hubungan cinta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2022 @ 3:50 PM