NEELOFA menerusi Instagram Story memohon orang ramai untuk mendoakan Noor Sameera. FOTO IG Neelofa
NEELOFA menerusi Instagram Story memohon orang ramai untuk mendoakan Noor Sameera. FOTO IG Neelofa
Najiy Jefri


PELAKON dan pengacara popular Neelofa mendedahkan anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif jangkitan Covid-19.

Neelofa menerusi Instagram Story berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Noor Sameera Mohd Nazlee.

“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini," tulisnya di Instagram Story sambil berkongsi paparan mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarganya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif Covid-19.

"Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya," tulisnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 4:46 PM