SAFIEY Illias. FOTO Arkib NSTP
SAFIEY Illias. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dan selebriti kontroversi Safiey Illias bengang apabila difitnah berhutang RM30,000 oleh seorang individu dikenali.

Safiey, 27, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, individu yang pernah menjadi 'kekasihnya' itu didakwa turut memalukan dirinya.

"Saya malas menyebut nama individu ini. Tapi dia cakap saya miskin, kutip duit syiling lah apa lah. Saya memang tak percaya orang yang datang kembali untuk ambil kesempatan. Lagipun dia sudah menjadi bekas saya.

"Tapi, kenapa dia kena fitnah cakap saya hutang sampai RM30,000? Apa saya tahu, RM1,000 dia pernah bagi pinjam. Lagi pula selama kami bersama berapa banyak dia kikis duit saya? Tak pernah saya berkira. Jadi, dia sudah memalukan saya," katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila mendedahkan individu berkenaan disaman kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Jangan guna ubat 'drip' yang dijual di Internet. Hati-hati nanti kena sakit buah pinggang. Jadi, jangan beli produk suntikan pemutih yang dijual di Internet," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 5:48 PM