SELAIN kumpulannya, Edy. J juga sering bertindak sebagai penerbit album kumpulan ska lain.
SELAIN kumpulannya, Edy. J juga sering bertindak sebagai penerbit album kumpulan ska lain.
Ridzuan Abdul Rahman


HAMPIR 20 tahun dalam industri hiburan bukan tempoh singkat buat Edy. J yang turut dikenali sebagai pelopor irama ska terkenal bersama kumpulannya, Gerhana Skacinta (GSC).

Selain menghasilkan lagu dan menerajui kumpulannya, Edy. J juga banyak terbabit dalam memberi tunjuk ajar terhadap banyak kumpulan baharu berkonsepkan ska.

Justeru, sudah sampai masanya untuk dia tampil dengan album solonya yang berjudul Patah Hati.

"Syukur impian saya untuk ada album sendiri akhirnya jadi kenyataan. Album ini adalah mengenai perjalanan muzik saya dari kecil sehingga sekarang.

"Pengisian genre lagunya berbeza-beza yang diselitkan dalam album berkonsep mini ini. Ia ada konsep 60s soul, R&B dan 80's mix.

"Konsepnya berbeza dengan Gerhana Skacinta, Acab dan The Aggrobeats. Pengaruh muzik saya dari muzik Melayu lama sehinggalah black American," katanya.

Menurutnya, walaupun genre berbeza, tidak salah dikatakan album ini berkonsepkan 'dark soul' yang berpaksi pada tiang yang sama.

"Saya amat berterima kasih kepada pengurus GSC iaitu Jaferi Achip yang mendorong dan meyakinkan saya untuk menghasilkan projek solo ini serta dibantu isteri dan kawan-kawan.

EDY. J menghasilkan album solo pertama selepas 20 tahun berada dalam industri hiburan.
EDY. J menghasilkan album solo pertama selepas 20 tahun berada dalam industri hiburan.

"Istimewanya lagi album mini ini, ia dapat dikeluarkan di saat pandemik Covid-19 dan apa yang berlaku mungkin memainkan peranan juga apabila berjaya disiapkan.

"Secara jujurnya saya tak meletakkan apa-apa harapan dengan projek solo ini. Saya hanya mahu lagu saya yang dah lama dalam simpanan dirakamkan dalam bentuk fizikal. Saya rasa puas dengan adanya lagu saya dalam album ini," katanya.

Mengulas perbezaan album ini dari segi melodi, lirik dan

'mood' dengan lagu GSA, Edy. J berkata, banyak kelainan yang ditampilkan.

'INLAY' album Patah Hati.
'INLAY' album Patah Hati.

"Ia amat berbeza dari segi susunan muzik sampai ke liriknya. Ini adalah saya yang sebenar, jiwa saya dan boleh dikatakan

'master piece' saya.

"Apapun saya mengharapkan kita semua dapat kembali menjalani hidup normal seperti sebelum datangnya Covid-19, di mana anak-anak boleh bermain di luar.

"Malah, kita juga perlu selalu berfikiran positif dan buangkan segala anasir negatif jauh-jauh serta sentiasa menjaga diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 6:30 AM