Rossa
Rossa
Agensi

Jakarta: Penyanyi Rossa mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM300,000 selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Rossa berkata, kerugian itu terpaksa ditanggung susulan terpaksa menolak tawaran-tawaran persembahan dan perlu memulangkan semula bayaran untuk sebahagian persembahan lain.

"Saya pernah dijangkiti Covid- 19 sebelum ini dan terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membayar ganti rugi acara yang sepatutnya saya hadiri," katanya.

Dalam masa sama, Rossa turut berkongsi mengenai kronologi bagaimana dia dijangkiti wabak berkenaan yang berkemungkinan besar datang daripada pembantu peribadinya.

"Setiap minggu, saya perlu melakukan ujian calitan bagi program siaran langsung yang ditayangkan setiap Isnin dan keputusannya adalah negatif.

"Bagaimanapun, lima hari sebelum itu pembantu saya disahkan positif. Walaupun keputusan saya negatif, tetapi saya putuskan untuk berehat di rumah demi keselamatan.

"Namun, selepas lima hari, saya disahkan positif selepas melakukan ujian calitan sebelum ke Surabaya bagi menghadiri satu acara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 10:40 AM