CULKIN. FOTO IG Macaulay Culkin
CULKIN. FOTO IG Macaulay Culkin
Agensi

Los Angeles: Bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, 40, dan pasangannya Brenda Song, 33, akhirnya dikurniakan anak.

Jurucakap pasangan itu mendedahkan bayi lelaki yang dinamakan Dakota itu dilahirkan pada 5 April lalu, namun baharu diumumkan hari ini.

Culkin memilih nama bersempena nama kakaknya, Dakota yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2008 ketika berusia 29 tahun.

Jurucakap itu berkata, bayi mereka sangat sihat dan ceria. Mereka juga dikhabarkan sangat teruja dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga itu.

Culkin dan Song mula bertemu pada 2019 sewaktu berada di lokasi penggambaran drama Changeland.

Culkin adalah pelakon kanak-kanak paling berjaya pada 1990-an terutama menerusi watak sebagai Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone.

Culkin ketika ini terbabit dalam penggambaran siri ke-10 American Horror Story. Dia turut bergandingan dengan Sarah Paulson, Kathy Bates, Billie Lourd, Evan Peters dan Lily Rabe.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 11:52 AM