Chef Wan
Chef Wan
Wartawan HM

Kuala Lumpur: "Saya maafkan anda berdua, tapi sebagai bapa, saya tak akan lupakan apa yang anda berdua lakukan terhadap saya."

Demikian kata chef selebriti popular, Chef Wan, 63, yang jelas terluka dan kecewa dengan tindakan anaknya yang juga pelakon, Serina Redzuawan membelakangkannya apabila melangsungkan pernikahan dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid.

Namun, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail tetap merestui perkahwinan Serina dan mendoakan kebahagiaan anaknya itu dengan suami.

Bagaimanapun, menurut Chef Wan, Serina harus menanggung sendiri kesan akibat perbuatannya dan tidak perlu mempersoalkan tindakannya untuk mendedahkan kebenaran.

"Buat segala cara betul dan jangan sesekali membelakangkan mak bapa! Sendiri buat sendiri tanggunglah. Bertahun-tahun Serina sakiti saya dengan semua sejarah dan hubungan lampau anda. Cukup-cukuplah," katanya.

Chef Wan juga meminta Serina untuk tidak salahkan orang luar disebabkan tindakannya bernikah di luar pengetahuannya.

Menurutnya, mereka patut lebih tahu mengenai kesannya.

"Mari tutup bab ini dan tak payah salahkan orang luar konon fitnahkan anda berdua. Itu sebab jika nikah cara jujur, tak adalah orang nak fitnah dan bersangka buruk," katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.

Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka

bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 5:03 PM