PU Riz. FOTO Arkib NSTP
PU Riz. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz memberi pencerahan terhadap individu tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Twitter palsu menggunakan namanya.

Inividu itu membuat ciapan dan muat naik foto perkahwinan PU Riz, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan pengacara Neelofa berserta kata-kata romantis serta tanda pagar #SayangHarisSeorang.

Perkara itu menjadi bualan netizen sejak pagi, hari ini sehingga membuatkan pendakwah selebriti itu tampil menafikan perkara berkenaan.

"Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya," katanya.

Difahamkan akaun yang menggunakan nama @hrisbismail_ itu baharu sahaja diaktifkan sebaik PU Riz sah bergelar suami kepada Neelofa, semalam.

Sehingga kini, akaun Twitter itu sudh mempunyai lebih 5,000 pengikut.

Terdahulu pasangan itu diijabkabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 4:35 PM