Ustaz Don doakan Neelofa jadi isteri solehah.
Ustaz Don doakan Neelofa jadi isteri solehah.
Oleh Wartawan HM


Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikatakan sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan.

Don berharap Neelofa akan menjadi isteri solehah selain turut menitipkan pesanan kepada Riz supaya menjaga bakal isterinya itu.

"Buat Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang supaya disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik.

"Semoga Neelofa menjadi isteri solehah. Dan kepada Riz jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah berikan ini," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

Difahamkan Don bertemu bekas pengacara MeleTOP itu untuk sesi rakaman program berjudul NtoN yang bakal ditayangkan Ramadan ini di saluran Astro Oasis.

Sehingga kini Neelofa terus membisu dan bermain teka-teki mengenai gosip dia dan Riz bakal melangsungkan pernikahan Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 7:20 PM