Taylor Swift menerima sejambak bunga daripada Beyonce.
Taylor Swift menerima sejambak bunga daripada Beyonce.
Agensi

Amerika Syarikat: Penyanyi Taylor Swift tersentuh apabila menerima sejambak bunga daripada penyanyi, Beyonce selepas dia mencipta sejarah dan menjadi artis wanita pertama memenangi Anugerah Grammy ketiganya untuk Album Terbaik bagi kategori lagu rakyat.

Swift berkongsi foto jambangan bunga itu di Instagram Story tanpa sebarang kapsyen, namun tertera nama Beyonce yang dikelilingi dengan lukisan hati.

Jambangan bunga dengan pelbagai variasi merah jambu itu juga menjadi tanda penghargaan Beyonce kepada artis wanita lain yang berjaya mencipta nama sebagai penyanyi.

Swift sebelum ini memenangi anugerah sama pada 2010 menerusi album Fearless dan 2016 menerusi album 1989.

Beyonce juga mengukir namanya dalam perjalanan karier seni dan menjadi artis wanita pertama yang pernah menggondol paling banyak anugerah di Anugerah Grammy selepas menerima anugerah ke-28 untuk Persembahan R&B Terbaik menerusi Black Parade.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 1:21 PM