REBEL Wilson berpisah dengan kekasih. FOTO Agensi
REBEL Wilson berpisah dengan kekasih. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Pelakon Rebel Wilson, 40, mengesahkan dia sudah berpisah dengan kekasihnya, Jacob Busch, 29.

Bintang filem Pitch Perfect yang berkongsi berita itu menerusi Instagram berkata, dia juga bersedia untuk mencari kekasih baru.

"Terlalu banyak perkara dalam fikiran saya. Wanita solo sedia untuk ke Super Bowl (acara ikonik tahunan Amerika Syarikat)," katanya.

Wilson dan Busch yang bercinta lebih setahun lalu membuat penampilan bersama pertama kali di acara Prince Albert's Planetary Health Gala di Monaco pada September tahun lalu.

Kali terakhir mereka dilihat bersama adalah bulan lalu sewaktu bermain ski di Colorado.

Mereka menerima jemputan peribadi untuk bersama rakan-rakan terdekat dalam percutian tertutup.

Tahun lalu, Wilson pernah berkongsi bahawa Busch adalah seorang yang sangat menjaga privasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 1:54 PM