SALMAN Khan.
SALMAN Khan.
Najiy Jefri

Hampir tiga dekad mencanai bakat dalam dunia seni lakon, aktor tersohor Salman Khan berjaya mencuri hati jutaan peminat seluruh dunia.

Bagaimanapun, ada di antara peminat terlalu taasub dengan pelakon itu sehingga menceroboh privasinya.

Menurut sumber, baru-baru ini seorang peminat wanita memecah masuk kediaman Salam di Bandra, Mumbai.

“Wanita itu memasuki pangsapuri Salman dengan memberikan butiran peribadi di pondok pengawal. Dia juga berjaya berada di depan rumah Salman sehingga alat penggera kediaman itu berbunyi.

“Ketika pihak berkuasa cuba menghalaunya dari premis itu, dia mengatakan Salman ialah suaminya.

“Mujur Salman tidak berada di rumah kerana terikat dengan penggambaran filem Race 3 di Abu Dhabi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Mac 2018 @ 4:27 AM