NADEERA dan Khareez bawa pulang RM50,000.
NADEERA dan Khareez bawa pulang RM50,000.
Syafil Syazwan Jefri


 

Kuala Lumpur: Pasangan peserta program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Khareez dan Nadeera diumumkan juara program itu sekaligus berjaya membawa pulang hadiah utama RM50,000.

Pasangan itu turut diberi peluang merakamkan single duet berserta video muzik.

Khareez dan Nadira tampil mempersembahkan dua lagu iaitu Ceritera Cinta dalam segmen Cinta Romantik dan Kuch Kuch Hota Hai dalam segmen lagu rancak yang juga lagu pilihan mereka.

Sebelumnya, pasangan Khareez dan Nadeera juga diumumkan sebagai pasangan terbaik di peringkat separuh akhir.

Tempat kedua dimenangi pasangan Syafiq dan Serra, sekali gus berjaya membawa pulang RM30,000.

Sementara itu, pasangan Iss dan Mya pula berjaya meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM20,000.

Pasangan Kael dan Evie serta Adly dan Darling pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Kedua-dua pasangan itu masing-masing berjaya membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

LCK2 membariskan barisan juri terdiri daripada Ajai, Mas Idayu dan Hael Husaini. 

Selain persembahan kesemua pasangan peserta, penonton di rumah turut dihiburkan dengan persembahan daripada gandingan pengacara, Azwan Ali dan Elly Mazlein, artis jemputan, Zizi Kirana, Dayang Nurfaizah, barisan juri serta celoteh tetamu jemputan, Rozita Che Wan. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 12:32 AM