CIK B
CIK B
Syafil Syazwan Jefri

"Itu suara sayalah".

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Cik B ketika ditanya mengenai single pertamanya, Tolonglah yang didakwa menggunakan suara penyany rap popular, Yonnyboii oleh netizen.

Cik B, 15, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, Yonnyboii yang juga rakannya turut menafikan suara mereka ada persamaan.

"Saya memang berkawan dengan Yonnyboii dan dia sendiri pun cakap suara kami tak sama. Mungkin cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii, ditambah pula dengan suara serak saya kedengaran seperti suara lelaki. Jadi, ramai menyangka itu suara Yonnyboii," katanya yang juga pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini.

Tolonglah adalah ciptaan sepenuhnya Cik B bersama ibunya yang juga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida yang mengisahkan mengenai masa silamnya yang hidup dalam keluarga berpecah-belah.

Video muzik Tolonglah dilancarkan di YouTube sejak dua hari lalu dan kini berada di tangga pertama sohor kini di Malaysia. Sehingga kini, ia mencatat lebih 1.2 juta tontonan di laman penstriman video itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 12:36 PM