Sharnaaz Ahmad.
Sharnaaz Ahmad.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan kerjasama yang diberikan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berjalan dengan baik.

Sharnaaz sebelum ini disebut-sebut sebagai seorang daripada beberapa selebriti yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Bagaimanapun, Sharnaaz yang ditemubual baru-baru ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

"Maaf, saya tak dapat nak berikan sebarang komen mengenai siasatan SPRM. Apa yang boleh saya katakan, ia akan diselesaikan secepat mungkin dan semuanya berjalan dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini muncul dalam drama bersiri, Isteri Misteri hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad. 

Selain Sharnaaz, drama bersiri komedi rumah tangga itu juga dibintangi Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Azar Azmi dan ramai lagi. Ia mula ditayangkan di TV3 dan platform Viu mulai 25 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 4:37 PM