KUMPULAN Kpop, BTS.
KUMPULAN Kpop, BTS.
Agensi

Seoul: Single terbaharu BTS, Dynamite berjaya memecah rekod sebagai muzik video K-pop paling banyak ditonton di YouTube yang sebelum ini dipegang BLACKPINK.

Setakat hari ini, Dynamite sudah ditonton sebanyak 550 juta tontonan di YouTube dengan mengambil masa selama dua bulan untuk memecahkan rekod terbabit sejak dilancarkan pada 21 Ogos lalu.

Sebelum ini, rekod muzik video paling banyak ditonton di YouTube dipegang BLACKPINK menerusi lagu How You Like That yang diraih awal tahun ini.

Dynamite adalah single kesembilan BTS yang berjaya meraih 550 juta tontonan di YouTube selepas DNA, Fire, Fake Love, Mic Drop (Steve Aoki Remix), Boy With Luv, Idol, Dope, dan Blood Sweat & Tears.

Selain YouTube, Dynamite juga mencatat rekod luar biasa sebagai lagu paling lama yang berada di peringkat pertama di platform pentsriman muzik Korea Selatan, Melon.

Dynamite menduduki carta pertama di Melon selama 53 hari sekali gus menjadikannya sebagai single paling lama berada di tempat pertama carta lagu Melon.

Rekod sebelumnya diraih bekas anggota Block B, Zico menerusi single berjudul Any Song yang meraih posisi pertama selama 52 hari di carta lagu Melon.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 2:34 PM