FELICITY Huffman.
FELICITY Huffman.
Agensi

California: Pelakon Felicity Huffman, 57, selesai menjalani hukumannya berhubung kes skandal kemasukan kolej membabitkan anaknya tahun lalu, hari ini.

Pelakon siri Desperate Housewives itu kini berada di bawah pemantauan Institusi Pemasyarakatan Persekutuan di Dublin, di sini, sejak 25 Oktober 2019 selepas menjalani hukuman penjara 13 hari tahun lalu.

Pelakon itu dilaporkan bakal mendapat semula pasportnya dalam beberapa hari lagi selepas dia membuat permohonan untuk dokumen itu dikembalikan pada awal bulan ini. 

Menurut sumber terdekat, setakat ini Huffman belum bersedia untuk kembali bekerja. Bagaimanapun, dia dikatakan tidak sabar untuk berlakon semula pada masa hadapan.

Dua anak perempuannya yang turut dikaitkan dengan skandal itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. 

Huffman dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu pada September 2019 selepas menjadi dalang dalam skandal berkenaan. Dia diarahkan hakim untuk membayar saman RM125,000, menjalani khidmat komuniti selama 250 jam dan dipantau selama setahun.

Tahun lalu, pelakon itu mengaku bersalah memberi rasuah untuk membolehkan anak perempuannya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi berprestij iaitu Kolej SAT. Dia menjadi individu berprofil tinggi pertama menerima hukuman membabitkan skandal penipuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:15 AM