FELICITY HUFFMAN
FELICITY HUFFMAN
AFP

BOSTON: Pelakon Felicity Huffman bakal dipenjara selama dua minggu pada 25 Oktober ini kerana memberi rasuah untuk membolehkan anak perempuannya belajar di sebuah universiti berprestij Amerika Syarikat.

Bintang siri Desperate Housewives itu menjadi individu berprofil tinggi pertama menerima hukuman membabitkan skandal penipuan.

Pada Mei lalu, Huffman, 56, mengaku bersalah membayar AS$15,000 (RM62,527) untuk menaikkan markah ujian kemasukan anaknya ke Kolej SAT.

Hakim Indira Talwani memberitahu Huffman, ibu bapa tidak boleh menggunakan kekayaan untuk menipu.

Talwani berkata, pelakon itu boleh membina semula hidupnya selepas selesai menjalani hukuman yang turut termasuk denda AS$30,000 (RM125,055) serta 250 jam perkhidmatan komuniti.

Huffman dalam satu kenyataan meminta maaf kepada pelajar dan ibu bapa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 11:05 AM