ALLAHYARHAM Abam (dari kiri), Fad & Achey. FOTO IG Achey
ALLAHYARHAM Abam (dari kiri), Fad & Achey. FOTO IG Achey
Najiy Jefri


AHLI kumpulan Bocey, Achey tidak berhasrat untuk mencari ahli baru bagi mengisi kekosongan Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada Februari lalu.

Achey berkata, meskipun Bocey kini hanya diterajui dia dengan Fad, namun mereka akan tetap meneruskan perjuangan kumpulan itu berdua.

"Saya dan Fad sudah nekad serta bersetuju untuk kekalkan nama Bocey sampai bila-bila.

"Memasukkan ahli baharu bermakna, nama kumpulan perlu ditukar jadi kami tidak mahu Bocey hilang atau terkubur.

BOCEY ianggotai Achey (kiri), Abam dan Fad. FOTO ihsan IG
BOCEY ianggotai Achey (kiri), Abam dan Fad. FOTO ihsan IG

"Selagi ada kudrat kami, Bocey tetap wujud dalam industri hiburan tempatan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sugarbomb X Achey X LUPK, baru-baru ini,

Menurut Achey lagi, dia dan Fad juga bersedia untuk menyertai sebarang pertandingan lawak meski ' serinya' dianggap kurang.

" Ya, kami akan masuk bertanding tetap dengan nama Bocey. Tidak kisahlah, andai kami tewas awal atau lawak kami sudah kurang menyengat apabila hanya ada dua orang, itu bukan keutamaan.

"Apa yang penting, saya tidak mahu peminat lupakan Bocey dan arwah Abam. Kami nak terus menjenamakan kumpulan ini kerana salah satu kejayaan kumpulan Bocey adalah kewujudan arwah Abam yang ada bersama sebelum ini," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 11:43 AM