ABAM. FOTO  Mohd Asri Saifuddin Mamat
ABAM. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Abam  bersama isterinya Siti Nurhidayah. FOTO NSTP
Abam bersama isterinya Siti Nurhidayah. FOTO NSTP
Najiy Jefri

[email protected].

Sejak mendirikan rumah tangga, Abam Bocey baru menyedari isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali adalah seorang yang kelakar.

Abam berkata, ada saja telatah isterinya yang kelakar ketika dia melayan kerenah Abam.

“Ada ketikanya telatah lucunya mencetuskan idea untuk saya berlawak di atas pentas.

“Setiap kali ada momen yang dirasakan boleh menjadi pengisian lawak, saya akan membuat nota supaya tidak lupa,” katanya.

Abam berkata, sejak mendirikan rumah tangga, isteri juga tempat dia berkongsi suka dan duka.

Kehidupannya kini makin tersusun apabila Siti Nurhidayah membantu terutama dalam soal penyediaan makanan dan pakaian.

“Kehidupan selepas berkahwin memang seronok. Saya bahagia dengan kehadiran isteri.

“Apabila tinggal bersama semuanya sudah tersusun dengan rapi,” katanya.

Mengakui jadual kerjayanya padat dengan aktiviti seni, Abam memberitahu, buat masa ini perancangan berbulan madu tidak dapat dilaksanakan.

Walaupun hasrat berbulan madu belum kesampaian sejak disatukan pada 8 Disember lalu, namun dia teringin menjejakkan kaki ke negara di Asia Barat.

ABAM. FOTO  Mohd Asri Saifuddin Mamat
ABAM. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

“Semua itu bergantung kepada jadual kerja saya. Selepas bernikah, jadual saya padat apabila terikat dengan pelbagai komitmen termasuk pertandingan Bintang Bersama Bintang di TV3. Saya harap impian itu terlaksana tahun ini juga,” katanya.

Ditanya adakah isterinya akan menjadi pengurus peribadinya, Abam berkata, dia tidak menggalakkan kerana bimbang dia tidak memahami waktu kerjanya yang tidak menentu.

“Dia pun ada kerjayanya sendiri. Jadi saya tidak mahu dia penat atau tidak selesa dengan hanya ikut saya dan menjadi pengurus peribadi.

“Lagipun saya lebih selesa begini. Saya bertemunya di rumah dan kami meluangkan masa bersama apabila ada waktu lapang,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam kini sibuk dengan program Bintang Bersama Bintang yang kini bersiaran di TV3 setiap hari Ahad, jam 10 malam

“Rata-rata pelawak yang menyertainya bukan calang-calang. Semuanya berbakat besar dan punya idea yang kreatif.

“Bergerak secara solo dalam pentas ini membuatkan saya perlu lebih berusaha keras dan banyak bertanya dengan pelawak lain,” katanya.

Abam berkata, dia juga ada bertanya kepada salah seorang anggota Bocey iaitu Fad.

Enam pelawak yang menyertai Bintang Bersama Bintang ialah Shuk, Mark Adam, Achey, Issey dan Ajak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 3:53 AM