POSTER filem Tenet
POSTER filem Tenet
Agensi

FILEM aksi penyiasatan, Tenet yang sepatutnya ditayangkan pada 12 Ogos ini dibatalkan berikutan penularan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Bagaimanapun, syarikat penerbitan Warner Bros tidak memberikan sebarang tarikh baru untuk filem arahan mantap Christopher Nolan itu untuk ditayangkan.

Menurut portal Variety, keputusan itu memberikan satu tekanan kepada industri hiburan untuk kembali bangkit selepas dunia dilanda Covid-19.

Sebelum ini, Tenet dijadualkan menemui penonton pada 17 Julai sebelum dianjakkan ke 12 Ogos.

Warner Bros dalam satu kenyataan memaklumkan mereka akan mencari tarikh baru secepat mungkin.
Ketua Warner Bros Toby Emmerich berkata, pihaknya akan mencari tarikh baru secepat mungkin supaya Tenet dapat ditayangkan tahun ini.

"Sasaran kami sepanjang proses ini adalah untuk memastikan peluang keberhasilan tertinggi untuk filem kami dan juga menyokong pawagam dengan menyediakan kandungan baru selepas panggung wayang kembali dibuka," katanya.

Dalam pada itu, Warner Bros turut membuat satu kejutan apabila Tenet bakal dilancarkan di beberapa negara terlebih dahulu walaupun belum ditayangkan di Amerika Utara, Amerika Syarikat dan Kanada selaku pasaran filem terbesar di dunia.

Tenet yang menjadi antara filem ditunggu-tunggu tahun ini menampilkan lakonan John David Washington,

Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine, Kenneth Branagh dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 11:36 AM