Deepika Padukone
Deepika Padukone
Agensi

AKTRES jelita India, Deepika Padukone berjaya memecah rekod dunia apabila pernah dinobatkan sebagai pelakon Bollywood yang meraih pendapatan tahunan tertinggi. 

Menurut laporan Guinness World Records, bintang utama filem Bajirao Mastani itu menerima pendapatan tahunan tertinggi dengan anggaran sekitar RM64 juta.

Pendapatan pelakon itu dikira berdasarkan data yang diterbitkan Forbes India bermula 1 Oktober 2017 sehingga 30 September 2018.

Tambah laporan itu, Deepika juga disebut dalam senarai empat selebriti berpendapatan tertinggi di India dan kejayaan paling terbesar yang diraihnya adalah menerusi filem Padmaavat. 

Difahamkan, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu mengenakan bayaran sebanyak RM5.6 juta untuk satu filem dan RM4.6 juta untuk duta jenama produk. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 11:32 AM