Ian Holm meninggal dunia.
Ian Holm meninggal dunia.
Agensi

PELAKON Sir Ian Holm yang membawa watak Bilbo Baggins dalam filem Lord of the Rings meninggal dunia dalam usia 88 tahun di sebuah hospital di London, semalam.

Berita sedih itu disahkan oleh agensi pengurusan pelakon berkenaan.

"Sangat menyedihkan Ian Holm meninggal dunia pada pagi Jumaat di usia 88 tahun. Dia pergi dalam keadaan tenang di hospital meninggalkan keluarga dan kerjaya. Beliau seorang yang baik, mesra dan berbakat besar. Kami akan sangat merinduinya," katanya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan, namun dipercayai berkaitan penyakit parkinson.

Ian Holm dilahirkan pada tahun 1931 dan memulakan karier lakonan sejak tahun 1957. Selain siri Lord of the Rings dan The Hobbit, beliau sudah berlakon lebih 70 filem antaranya Henry V, The Homecoming, The Bofors Gun dan Chariots of Fire.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 4:05 PM