ULRICH cukup dihormati dalam kalangan peminat dan pemuzik rock dan metal.
ULRICH cukup dihormati dalam kalangan peminat dan pemuzik rock dan metal.
Riadz Radzi

PEMAIN dram Metallica, Lars Ulrich antara pemuzik heavy metal, thrash metal yang bukan saja dikagumi peminat, tetapi turut dihormati pemuzik rock lain.

Pada usia 56 tahun, Ulrich yang juga pengasas Metallica bersama James Hetfield (penyanyi, gitaris) dilabel antara pemain dram terbaik dunia khususnya dalam muzik metal.

Dalam satu temu bual bersama sebuah majalah muzik terkemuka baru-baru ini, Ulrich berkongsi mengenai 15 album rock dan metal pilihannya.

Bagi Ulrich, album terbaik buatnya ialah Let There Be Rock iaitu album keempat AC/DC yang diterbitkan pada 1977.

"Ia album AC/DC yang paling berat, padat dan bertenaga.

"Sebelum itu saya tak pernah dengar album yang mempunyai 'sound' sedemikian. Boleh pecah kepala! Ia juga album yang sangat 'raw'," katanya.

Ketika Metallica menakluki genre muzik heavy metal dan thrash metal dunia pada penghujung 1980-an dan awal 1990-an, Ulrich turut terpengaruh dengan album rock dan alternatif ketika itu seperti Appetite For Destruction - Guns N Roses pada 1987, Dirt - Alice In Chains (1992) dan The Space Age Playboys daripada kumpulan alternatif kurang popular iaitu Warrior Soul pada 1994.

Bukan mahu menidakkan kehebatan muzik metal era 1980-an dan 1990-an, namun muzik era millennium seperti nu metal turut menarik minatnya. Dan, yang paling diminatinya ialah Toxicity daripada System Of A Down pada 2001.

"Album itu mengenai politik. Ia album yang 'gila', bertenaga dan luar biasa. Ia memberi inspirasi terhadap apa yang kami lakukan," katanya.

ALBUM AC/DC yang paling diminatinya.
ALBUM AC/DC yang paling diminatinya.

Berikut 15 album rock dan metal pilihan Ulrich:

AC/DC - Let There Be Rock, 1977.

Alice in Chains - Dirt, 1992.

Black Sabbath - Sabotage, 1975.

Blue Oyster Cult - On Your Feet or On Your Knees, 1975.

Deep Purple - Made in Japan, 1972.

Diamond Head - Lightning to the Nations, 1980.

Guns N' Roses - Appetite for Destruction, 1987.

Iron Maiden - The Number of the Beast, 1982.

Judas Priest - Unleashed in the East, 1979.

Mercyful Fate - Melissa, 1983.

Motorhead - Overkill, 1979.

Rage Against the Machine - The Battle of Los Angeles, 1999.

System of a Down - Toxicity, 2001.

UFO - Strangers in the Night, 1979.

Warrior Soul - The Space Age Playboys, 1994

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 6:30 AM