SYAFIQ FARHAIN.
SYAFIQ FARHAIN.
Norhayati Nordin


PENYANYI Syafiq Farhain, 26, tidak mengiya mahu pun menafikan hatinya kini sudah memiliki kekasih.

Syafiq berkata sama ada dia bercinta atau tidak, baginya perkara itu tidak perlu diuar-uarkan.

"Kalau yang tahu, tahulah. Tapi, untuk beri penjelasan atau berkongsi cerita, saya tak mahu.

"Saya selesa untuk peminat dan masyarakat mengikuti perjalanan kerjaya seni berbanding cerita peribadi," katanya.

Syafiq atau nama sebenar, Nursyafiq Farhain AM Salim berkata dia mengelak kerana kerjaya utama masih penjawat awam.

"Saya tidak mahu membuka ruang dan peluang untuk terkait gosip kerana perlu menjaga nama baik majikan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Saya masih bertugas sebagai anggota bomba. Jadi selaku kakitangan, penting untuk saya menjaga imej JBPM," katanya.

Menurut anak penyanyi Allahyarham Saleem ini, dia tidak dihalang bercinta cuma enggan membuka cerita peribadi.

"Terus-terang, saya memang seorang yang tidak suka kisah peribadi lebih menjadi perhatian umum.

"Apatah lagi, pada era perkembangan teknologi media sosial masa kini yang rasanya ada perkara tidak perlu dikongsi.

"Bagi saya, perihal cerita peribadi tidak wajar didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.

"Jadi, biarlah di media sosial itu peminat dan masyarakat hanya tahu perkembangan kerjaya saya sahaja," katanya.

Menurut Syafiq, lagi pun sekarang dia belum terfikir ke arah mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.

Katanya, kini fokus utama lebih tertumpu pada berusaha gigih mencari wang dan memantapkan ekonomi diri.

Terbaru, Syafiq muncul dengan lagu berjudul Sakit Hati yang berkisarkan kisah putus cinta dan pengalaman setiap orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 8:19 PM