EMMA Maembong
EMMA Maembong
Cik Pang

SEBELUM ini Harian Metro ada melaporkan berita mengenai gosip mendakwa Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

Bagaimanapun, menerusi laporan yang disiarkan, Emma menafikan dakwaan terbabit selain sedih apabila setiap tahun gosip sama sering diperkatakan berulang kali.

Namun, baru-baru ini ketika akhbar ini melaporkan penafiannya, teman baik Cik Pang terus menghubungi dan memberitahu sebenarnya pelakon itu bakal berkahwin pada Februari depan.

Namun entah mengapa, pelakon jelita itu memilih merahsiakan berita gembira daripada pengetahuan media walaupun dikatakan dia memberitahu beberapa rakan industri mengenai perkahwinan yang sudah dirancang itu.

Menurut sumber Cik Pang, Emma kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya itu hingga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

Menurut teman Cik Pang, Emma juga dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja namun siapakah gerangan itu biarlah daripada mulut Emma sendiri.

Cik Pang tak nak dedahkan secara terperinci sebab nak simpan sikit supaya ada kejutan yang dapat Emma kongsikan.

Cik Pang harap Emma janganlah terlalu berahsia. Andai betul sudah tiba jodoh tak perlu nak rahsiakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 6:30 AM