FILEM

FILEM aksi yang menggunakan banyak CGI tentunya tinggi risikonya. Terbaru, filem aksi Gemini Man mempertaruhkan elemen ini dalam skala yang agak besar memandangkan ia mengisahkan mengenai klon.

Secara ringkasnya, Gemini Man lakonan Will Smith mengisahkan Henry Brogan, pembunuh upahan elit yang tiba-tiba menjadi sasaran seorang lelaki misteri yang lebih muda daripadanya.

Mengejutkan, lelaki itu ialah klon dirinya sendiri yang lebih muda 25 tahun muda dan dapat membaca gerak-gerinya.


Berbalik kepada CGI, teknologi yang diguna pakai dalam filem ini patut diberi pujian kerana nampak sangat semula jadi. Namun, sehebat mana pun, tentunya akan ada beberapa bahagian yang nampak tidak realistik.

Dari segi jalan ceritanya, ia satu karya jarang dipertontonkan dan lain daripada lain.

Dari segi lakonan, Will Smith tidak akan mengecewakan penonton dan lebih sukar buatnya apabila perlu berinteraksi dengan ‘dirinya’ sendiri.

Sepanjang 116 minit filem ini berlangsung, tentunya penonton tidak akan senang duduk menonton aksi yang sarat dengan pelbagai lagak, tembakan dan letupan.

FILEM: Gemini Man

ARAHAN: Ang Lee

PELAKON: Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen dan Benedict Wong

GENRE: Aksi/sains fiksyen

TAYANGAN: 10 Oktober 2019

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 5:06 AM