AIMAN TINO
AIMAN TINO
Syanty Octavia Amry

DUA artis popular Izzue Islam dan Aiman Tino bakal memeriahkan tapak Bazarena, Stadium Shah Alam, esok sempena program promosi wajah baru Harian Metro dan Metro Ahad.

Program bermula jam 8 pagi itu turut memberi peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersama penyanyi dan pelakon popular itu.

Dalam program berkenaan, orang ramai yang membeli akhbar Metro Ahad esok turut diberikan cenderahati istimewa.

Selain Izzue dan Aiman, program berkenaan turut disertai pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad, Harian Metro dan kakitangan Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 5:06 PM