Mimi bersama Muhanad. FOTO IG Mimi Fly
Mimi bersama Muhanad. FOTO IG Mimi Fly
Najiy Jefri


PENYANYI Mimi Fly mengakui sudah menemui cinta hati baru dengan jejaka kelahiran Mesir bernama Muhanad El Saddig MD,30.

Mimi, 31, berkata, perkenalan mereka bermula sekitar November tahun lalu dan mula menjalin hubungan serius pada awal tahun ini.

“Saya selesa berkawan rapat dengan Muhanad. Dia juga adalah jurulatih peribadi saya sejak kami memutuskan untuk bercinta.

“Saya sangat selesa dengannya. Kali pertama kami bertentang mata, saya sudah jatuh hati dengannya. Tak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.

“Doakan hubungan kami berjalan dengan baik dan saya serahkan soal jodoh kepada takdir Ilahi,”katanya.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, dia tertarik untuk mengenali Muhanad kerana mereka dari latar budaya yang berbeza.

“Selain menyukai keperibadiannya yang baik, saya juga nak tahu latar belakangnya kerana kami dari dua budaya yang berbeza.

“Saya suka nak belajar budaya baru. Walaupun budaya dan cara hidup kami berbeza tapi itulah yang akan membuatkan hidup kami lebih menarik dan manis.

“Saya percaya proses perkenalan ini akan membuatkan hidup kami lebih seronok dan secara tidak langsung, menyuburkan lagi cinta kami berdua,”katanya yang belum terfikir untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Sebelum ini, Mimi kembali solo selepas berpisah dengan Mohd Firdaus Hajar yang juga bekas pengurusnya, akhir tahun lalu.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 16 Mei 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 4:33 PM