Akmar (tengah) bersama Ketty (kiri) dan Amyza. FOTO NJHJ
Akmar (tengah) bersama Ketty (kiri) dan Amyza. FOTO NJHJ
Najiy Jefri


NOR Akmar Natasha Hasni dinobatkan juara Suara Juara musim pertama yang berlangsung di Auditorium Sultan Iskandar RTM Johor, semalam.

Dengan kemenangan itu, Nor Akmar membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan kontrak menjadi artis rakaman Dr Irma Entertainment serta program promosi bernilai RM100,000.

Tempat kedua dimenangi Ketty Natalia Rasul Khan dengan menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Pemenang tempat ketiga menjadi milik Amyza Syafiqah Suhaimee yang menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM2,000.

Juri pertandingan terdiri daripada penyanyi Ronnie Hussein dan penyanyi veteran A Rahman Kamaruddin.

Pada konsert akhir itu, kesemua finalis diiringi oleh pengarah muzik Kombo RTM Johor yang diketuai Rudy Yasmin.

Apa yang menarik, single Nur Akmar bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Ia berjudul Sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 September 2018 @ 5:39 PM