HM Digital

Keintiman antara Chanyeol EXO dan Seohyun Girls’ Generation sememangnya bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat.

Terbaru, kemesraan pasangan itu dirakamkan dan ramai peminat sangat menyukainya apalagi melihat aksi Chanyeol yang romantik.

Dalam klip berkenaan, penyanyi itu membantu Seohyun menanggalkan rantainya sambil dia memegang rambutnya. Aksi romantik itu bagaikan sebuah babak dalam drama pula. Dalam sebuah klip lain, Chanyeol mencabar pasangannya itu untuk melakukan gusti tangan. Chanyeol menunjukkan kejantanannya dengan hanya menggunakan dua jari melawan Seohyun.

Terdahulu, Chanyeol dan Seohyun pernah membintangi filem komedi berjudul So I Marries an Anti-fan di China. Dalam filem itu, mereka melakonkan watak pasangan bercinta.

Sejak itu, peminat memberikan nama timangan Chanseo kepada mereka dan sangat menyukai pasangan berkenaan. Pasangan itu sememangnya sangat istimewa apabila ramai menyifat­kan mereka cukup sempurna bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 1:38 PM