Daiyan (bertopi, dua dari kiri) bersama John Legend. FOTO IG Daiyan
Daiyan (bertopi, dua dari kiri) bersama John Legend. FOTO IG Daiyan
Daiyan Trisha. FOTO SALHANI IBRAHIM
Daiyan Trisha. FOTO SALHANI IBRAHIM
Michelle Gun


WALAUPUN cuma beberapa minit, penyanyi Daiyan Trisha bangga dapat bertemu penyanyi terkenal, John Legend ketika menghadiri sebuah acara di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut Daiyan, 23, kehadiran Legend di acara anjuran jenama produk kecantikan antarabangsa itu sebagai kejutan kepada tetamu jemputan.

"Tiba-tiba Legend muncul di acara itu membuatkan kami semua terkejut.

"Saya sempat memberitahu menggemari single barunya iaitu A Good Night selain mengambil gambar kenangan bersamanya," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon filem Busker itu memberitahu Legend turut memeriahkan acara dengan persembahan tiga lagu.

"Dia sangat peramah. Peluang bertemu dengannya kenangan sukar dilupakan," katanya yang berada di Amerika Syarikat selama seminggu.

Dalam perkembangan lain, Daiyan bakal memasuki set untuk penggambaran drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia pada Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 7:51 PM