LKD perkenal pelawak baru kumpulan Shiro dan pelawak popular Singapura, Gurmit Singh.

Michelle Gun

Edisi ketujuh Lawak Ke Der 2018 (LKD 2018) mengangkat isu tular di media sosial sebagai subjek jenaka pementasan komedi yang berlangsung di Istana Budaya, malam kelmarin.

Tahun ini, LKD memperkenalkan barisan pelawak baru iaitu kumpulan Shiro, Datuk Zainal Abidin dan pelawak popular Singapura, Gurmit Singh.

Kali ini, program terbitan Tall Order Sdn Bhd itu menggandingkan Sherry Alhadad Shuk yang juga penyampai radio Hot FM sebagai pengacara.

Seperti tahun sebelumnya, persembahan kali ini tetap tidak mengecewakan dan penonton terhibur sejak pembukaan bermula sekitar jam 8.30 malam.

Keserasian Sherry dan Shuk di pentas tidak perlu dipertikaikan lagi.

Penonton tidak kering gusi menyaksikan gelagat lucu spontan mereka yang menjadikan saiz badan sesama diri sebagai bahan jenaka.

Selain itu, mereka turut meminta penonton menyanyi sebahagian daripada lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Comel Pipi Merah yang dihasilkan khas untuk anak sulungnya.

Nyanyian penonton dirakam Sherry untuk dikirimkan kepada Siti.

Persembahan pembukaan disempurnakan Zainal yang bercerita mengenai kehidupan peribadi serta perjalanan karier seninya.

Penyanyi berusia 58 tahun itu turut berkongsi pengalaman melucukan ketika bersama kumpulan Headwind dan kenangan manis berkongsi pentas dengan penyanyi hebat dari Itali, Andrea Bocelli.

Bagi memeriahkan lagi pentas, Zainal diiringi watak sampingan yang berlakon sebagai pembantu peribadinya.

Ini kali pertama Zainal tampil sebagai pelawak dan berjaya membuktikan bakatnya dalam membuat persembahan komedi.

Seterusnya, pentas diserahkan kepada kumpulan Shiro yang dianggotai Ajak dan Sharol.

Dua sahabat itu mengetengahkan sketsa mengenai seorang pelajar lembut menjadi usahawan kosmetik berjaya selepas dibuli rakan sebilik sewaktu universiti.

Mereka turut mengajuk telatah personaliti media sosial serta aksi tular ‘tadah dagu’ yang menjadi ikutan netizen.

Berbeza dengan dua persembahan sebelumnya, Gurmit mempunyai cara tersendiri untuk mengelikan hati penonton.

Pelawak yang popular menerusi lakonannya dalam siri televisyen Phua Chu Kang itu memilih untuk berinteraksi dengan penonton sambil menyelitkan elemen melucukan.

Antaranya mengajak lapan penonton lelaki ke pentas untuk menjadi penari latar.

Bukan saja pandai mengambil hati penonton dan berjenaka, Gurmit turut mempamerkan bakat nyanyian menerusi lagu When You Say Nothing At All dan Stand By Me.

Persembahan terakhir menyaksikan Datuk Afdlin Shauki tampil seperti pengasas Apple, Steve Jobs dan memperkenalkan modal terbaru telefon pintar serba canggih.

Perkenalan beberapa aplikasi kreatif melucukan yang dikatakan sesuai untuk rakyat tempatan membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.

Pementasan LKD 2018 berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya melabuhkan tirainya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 10:34 AM