KEJAYAAN adalah untuk semua yang membantunya.
KEJAYAAN adalah untuk semua yang membantunya.
DIRAIKAN kelab peminat AJ Screamer dalam satu majlis di sebuah villa, baru-baru ini.
DIRAIKAN kelab peminat AJ Screamer dalam satu majlis di sebuah villa, baru-baru ini.
HM Digital

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca Metro Ahad.

Semoga hari yang indah ini anda semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Minggu ini Adik terpanggil nak berkongsi mengenai sokongan kelab peminat, AJ Screamer yang sejak dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah.

Setiap tahun ada saja aktiviti yang mereka atur bagi meluangkan masa bersama Adik.

Tahun ini adalah tahun keempat mereka menganjurkan majlis ulang tahun Adik di sebuah villa di Kuala Lumpur.

Tidak dinafikan, selain dapat mengeratkan silaturahim, perjumpaan ini juga membolehkan Adik berkongsi cerita suka dan duka serta bertukar pendapat mengenai kehidupan Adik sebagai selebriti.

Bagi Adik, mereka ini bukan sekadar peminat tetapi Adik anggap sebagai adik-beradik. Mereka semua Adik layan sama rata.

Adik tidak sangka mereka masih setia menyokong hingga ke hari ini.

Kasih sayang yang dicurahkan dan kepercayaan mereka selama ini amatlah dihargai dan tiada nilainya jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Tiada ungkapan yang lebih indah selain bersyukur kepada-Nya. Sejujurnya, mereka adalah tulang belakang Adik sepanjang berkecimpung dalam bidang seni ini.

Adik doakan supaya silaturahim antara kami akan terus berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Sempena perjumpaan kali ini, Adik menghabiskan waktu bersama mereka dengan pelbagai aktiviti di dalam rumah dan bermandi-manda di kolam renang.

Percutian singkat ini adalah kenangan indah buat Adik yang tidak mungkin dilupakan.

Sementara itu, bulan ini nama Adik dicalonkan untuk beberapa kategori dalam satu majlis anugerah. Adik tidak pernah terfikir nama Adik akan dicalonkan. Adik juga tidak terfikir untuk menarik diri.

Bagi Adik, pencalonan membawa semua pihak yang terbabit sama ada dalam pembikinan drama, filem mahupun lagu.

Sebagai contoh, katakanlah Adik dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik atau Penyanyi Terbaik, trofi mungkin hanya untuk Adik tetapi Adik bawa nama semua yang menjayakan karya itu.

Kejayaan yang diraih bukan mengenai Adik seorang sebaliknya ada orang lain yang bertungkus-lumus. Oleh itu, Adik tidak akan tolak sekiranya dicalonkan. #kesetiaanAJS

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 10:26 AM