NAYA Rivera. FOTO AFP
NAYA Rivera. FOTO AFP
Agensi

Los Angeles: Pelakon drama bersiri, Glee, Naya Rivera dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah bot di Tasik Piru di Ventura County, California, pada Rabu.

CBS News melaporkan, sebelum kejadian, pelakon itu menyewa sebuah bot untuk bersiar-siar bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Bagaimanapun, seorang saksi berkata, selepas tiga jam, dia menemui bot itu hanyut.

Dia juga mendapati anak lelaki pelakon itu tertidur di dalam bot berkenaan.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Operasi turut membabitkan pasukan selam dan helikopter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 3:00 PM