Mell dan Wan bercinta lima tahun. FOTO Ehsan Mell.
Mell dan Wan bercinta lima tahun. FOTO Ehsan Mell.
Georgie Joseph


DENGAN sekali lafaz, penyanyi Melley Matius sah bergelar isteri pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan atau Wan, jam 9.35 pagi, hari ini.

Melley atau Mell, 29, yang juga vokalis Sakura Band, dinikahkan oleh kadi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Datuk Mokhtar Apok berwalikan hakim dengan mas kahwin RM300.

Mell lega kerana acara berjalan lancar sebagaimana dirancang dan dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Dalam majlis itu, rombongan Wan membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh.

“Majlis ini dirancang sejak pertengahan tahun dan syukur segalanya berjalan lancar.

“Saya kini selamat bergelar isteri Wan. Majlis resepsi akan diadakan Ahad ini di Kota Kinabalu (KK) manakala sebelah lelaki pada 24 Disember nanti di Kuala Lumpur (KL),” katanya.

Kata Mell, dia mahu fokus terhadap kerjaya sebaik selesai resepsi di KK dan persiapan majlis sebelah lelaki pula.

“Selepas majlis di KK, saya akan kembali ke KL untuk menyiapkan rakaman single baru.

“Setakat ini belum ada perancangan untuk berbulan madu kerana Sakura Band sibuk menyiapkan album yang bakal dilancarkan tahun depan,” katanya.

Mell dan Wan menjalin cinta sejak lima tahun tetapi hanya baru-baru ini saja diketahui media.

Pada 10 Oktober lalu, Mell berkongsi berita mengenai dirinya memeluk Islam di Instagramnya pada 10 Oktober lalu, sempena ulangtahunnya yang ke-29. Keputusan Mell itu disokong ibunya, Nur Batrisyah, 46.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 1:39 PM