Najiy Jefri


ANGGOTA kumpulan Forteen, Ariz Lufias mengakui berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita yang enggan didedahkan identitinya.

Ariz berkata, hubungan dengan rakan artis terbabit masih dalam fasa perkenalan sejak beberapa bulan lalu.

"Saya memang ada mengenali seseorang. Dia orang dalam industri.

"Bagaimanapun saya belum bersedia mendedahkan identitinya kerana hubungan kami masih terlalu awal, katanya.

Menurut Ariz, wanita yang dimaksudkan itu bukan pengacara Zulin Aziz seperti yang pernah tersebar sebelum ini.

"Wanita ini jauh lebih muda daripada saya. Dia bukanlah Zulin Aziz.

"Saya selesa berkawan dengan pelakon ini kerana dia memahami sikap saya. Lagipun saya tertarik melihat personalitinya yang menawan dan sedap dipandang mata, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 3:51 PM