Amirul Haswendy Ashari.


KEHABISAN duit simpanan jadi penyebab pelakon Atikah Suhaime, 26, mengambil keputusan pulang ke Singapura sejak Jun lalu.

"Saya tiada tawaran berlakon sejak enam bulan lalu dan kini bekerja sebagai pegawai pemasaran di Singapura, sejak Julai.

"Saya tidak meletakkan had masa untuk berehat daripada dunia seni, mungkin sehingga hujung tahun ini saja," katanya ditemui pada malam gala filem Pencuri Hati Mr Cinderella, semalam.

Atikah berkata, selama enam bulan tanpa tawaran, dia terpaksa menggunakan duit simpanan peribadi bagi menampung perbelanjaan harian di Malaysia.

Sebelum ini Harian Metro pernah melaporkan Atikah memberi gambaran akan bersara daripada dunia lakonan selepas memuat naik status berkaitan di Instagram miliknya, minggu lalu.

Ketika dihubungi melalui telefon, aktres itu meminta diberi ruang berfikir dan enggan memberi komen lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 4:53 PM