CLAUDIA Kim
CLAUDIA Kim
Georgie Joseph


Kemunculan Claudia Kim dalam filem Avengers: Age of Ultron membuatkan peminat teruja.

Terbaru, aktres jelita itu dikatakan bakal menjadi sebahagian daripada teraju filem sekuel kegilaan ramai, Fantastic Beasts.

Dia akan memegang watak wanita di sarkas ahli sihir. Selain Claudia, filem itu turut dibintangi William Nadylam, Ingvar Sigurdsson dan Olafur Darri Olafsson.

Menurut beberapa laporan, penggambaran filem terbabit sudah pun bermula minggu ini di sekitar kota London.

Filem terbitan Warner Brothers itu dijangka menemui penonton pada 16 November 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 4:01 AM