DULU. Resort Pulau Langkawi.
DULU. Resort Pulau Langkawi.
KINI. The Westin Langkawai Resort & Spa, Langkawi berwajah baharu.
KINI. The Westin Langkawai Resort & Spa, Langkawi berwajah baharu.
DULU. Jeti Kuah adalah tempat pelancong dan kenderaan mendarat.
DULU. Jeti Kuah adalah tempat pelancong dan kenderaan mendarat.
KINI. Keadaan terkini Kompleks Jeti Kuah
KINI. Keadaan terkini Kompleks Jeti Kuah
DULU. Makam Mahsuri yang dikaitkan dengan sejarah legenda Langkawi.
DULU. Makam Mahsuri yang dikaitkan dengan sejarah legenda Langkawi.
KINI. Makam Mahsuri menjadi salah satu tarikan pelancongan di Langkawi.
KINI. Makam Mahsuri menjadi salah satu tarikan pelancongan di Langkawi.
DULU. Pemandangan Tanjung Rhu, Langkawi.
DULU. Pemandangan Tanjung Rhu, Langkawi.
KINI. Keindahan Tanjung Rhu sentiasa memikat pelancong.
KINI. Keindahan Tanjung Rhu sentiasa memikat pelancong.
DULU. Pekan Kuah, Langkawi pada 1976.
DULU. Pekan Kuah, Langkawi pada 1976.
KINI. Pembangunan pesat di Pekan Kuah, Langkawi dengan terdapatnya banyak deretan bangunan konkrit.
KINI. Pembangunan pesat di Pekan Kuah, Langkawi dengan terdapatnya banyak deretan bangunan konkrit.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Langkawi bukanlah nama asing dalam industri pelancongan di negara ini kerana ia satu gugusan pulau dengan Pulau Langkwai yang terbesar diikuti Pulau Banggi dan Pulau Pinang.

Oleh itu, tidak lengkap percutian ke utara tanah air jika tidak melancong ke Pulau Langkawi yang digelar bandar raya pelancongan kerana pastinya memberikan pengalaman manis kepada pelancong.

Bagi mereka yang menggemari dan terpikat dengan suasana pusat percutian itu sudah tentunya tidak teragak-agak untuk berkunjung semula ke Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan wajib.

Ini kerana Pulau Langkawi memiliki banyak keistimewaan bukan hanya daripada aspek keindahan semula jadi, tetapi juga kepelbagaian cerita legenda yang menarik.

Paling diingati kisah mitos Mahsuri yang digelar sebagai Puteri Mahsuri dan sinonim dengan gelaran Puteri Langkawi iaitu wanita berdarah putih.

Mengikut sejarah, Mahsuri dibunuh kerana fitnah daripada kakak iparnya, Wan Mahura yang mencemburui kecantikan dimilikinya.

Tubuh Mahsuri dikatakan mengeluarkan darah berwarna putih selepas dibunuh secara tikaman menggunakan tombak sakti.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri sempat bersumpah Langkawi tidak akan tenteram dan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

Sumpahan itu dikatakan tamat selepas kelahiran keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah Wan Nawawi yang menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand.

Selain itu, terdapat catatan lain menyatakan nama Langkawi adalah kombinasi antara ‘Lang’ dan ‘Kawi’. Nama Lang diambil daripada perkataan helang yang dibuktikan melalui kewujudan burung helang di sekitar kawasan kepulauan Langkawi.

Manakala, kawi pula merujuk kepada batu kawi atau batu kapur disebabkan terdapat lambakan batu kawi di Langkawi.

Meskipun begitu, pusat pelancongan itu tetap menerima pembangunan termasuk projek pembinaan sebuah kondominium mewah dan kerja menambak laut di Dataran Langkawi.

Pembangunan dilakukan untuk menjadikan Pulau Langkawi bertaraf dunia dan kerajaan negeri memberi jaminan kepentingan masyarakat tidak akan terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 12:01 AM