4.7 juta sakit ginjal!
Kuala Lumpur: Angka menakutkan apabila 4.7 juta rakyat negara ini disahkan penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) ketika ini.
Tambah membimbangkan apabila hampir 9,500 pesakit baharu didaftarkan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun akibat CKD dialami itu.
Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia Datuk Dr Lily Mushahar berkata, dijangkakan 100,000 pesakit buah pinggang akan menjalani dialisis pada 2040 di Malaysia.