Antara kereta yang terperangkap dalam banjir di Bandar Springhill. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Antara kereta yang terperangkap dalam banjir di Bandar Springhill. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Keadaan jalan raya di Bandar Springhill yang ditenggelami banjir petang tadi. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Keadaan jalan raya di Bandar Springhill yang ditenggelami banjir petang tadi. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Oleh Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Banjir kilat melanda Bandar Springhill dan Kampung Sendayan di sini, akibat hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan pengguna jalan raya dan dua keluarga terperangkap.

Dalam kejadian jam 4 petang tadi, air naik setinggi satu meter di Bandar Springhill itu menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan berkenaan dan berlaku kesesakan sepanjang lebih tiga kilometer.

Pemandu kereta S Gunasegaran, 52, berkata dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson dari Seremban, terperangkap di Bandar Springhill akibat banjir itu.

"Air sedalam satu meter dan hanya kenderaan berat dalam melalui jalan berkenaan. Kami juga tidak dapat berpatah balik dan terpaksa menunggu hingga banjir surut," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Ahmad Izam Malek berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 4.30 petang dan sepasukan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

 Menurutnya, dua rumah di Kampung Sendayan dinaiki air namun penghuninya tidak berpindah kerana air semakin surut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 6:20 PM